Satay, Durian dan Manggis

      Hari Isnin lepas tiba2 teringin nak makan satay, so ajak la Syikin gi Taman Warisan kat Putrajaya makan Satay Kajang. Heheh, sekali sampai sana, nampak ada khemah2 orang jual buah-buahan tempatan. Tempting gila ok, lagi2 nampak ada durian (0_o). So cakap kat Syikin lepas makan kita round kat area buah ni, tak byk pun tp boleh la tahan. Makan satay kajang Hj. Shamuri, confirm la sedap, pastu plak lama dah tak sampai Taman Warisan tu, teruja la sikit. Lepas perut kami kenyang diisi satay kajang, kami pun turun la kat khemah tu. Ada lah kami beli durian 2 bijik. Hoho, sebiji sorg. Pastu manggis pulak 2 kilo. Pesta buah2an tempatan btul. Durian tu sedap lemak berkrim, kami pilih yg baek punya, tapi sekali satu jek yang semuanya ok, lagi satu tu ada buruk skit,pakcik tu tipu kami mentang2 la dah malam, tak nmpk sgt, pastu kami ni nampak cam tak reti sgt je beli durian, heheh.. Tp takpa, pueh hati gak ar sebab sedap, sikit je yang buruk tuh. Manggis makan keesokan harinye sebab kami puasa Selasa tuh(sebab tu ar g melantak satay & durian..heheh).. Memula tu risau gak nak bawak balik durian, sebab kat rumah tu kitorg dua org je yg makan. Haha, sib baik ada geng nak makan durian kat rumah tu, kalau tak mmg tak makan la aku kat Cyber ni. Anyways ni kali ke3 dah pun makan durian, heheh, Syikin je tak makan lagi coz dia tak balik lg umah dia nun di Kelate. Mak dia simpan dh pun kat dia tapi sebab nak makan nye pasal takpa la. Eh, Syikin dah makan la, aritu bawak pulut durian g sini, dia makan jgk ar. Haha, tak kisah la, oh ha, dia kata lain skit makan durian sebijik ngn pulut durian. Hehe, ape2 hal pun kami berdua puas hati hari tu. Pastu abang kat kedai manggis tu kata 4 & 5 Ogos ni ada pesta makan2 kat Taman Warisan tu, bayar RM5 boleh makan apa sahaja kat situ. Haha, tak dapek la, sebab kami semua dah start cuti Midterm, so semua akan pulang ke kampung halaman masing2, lgpun I have some event this Saturday so takpo lah.

      Oh ya, ada lagi kisah kelakar dengan orang kat stesen minyak. Malam tu jugak nak isi minyak kat Shell Precint 8, igt nak g byr kat kaunter, sekali mamat ni (tak dpt dikenalpasti Bangladeshi atau Myanmar) kata byr kat dia. Okeh tarak hal, so I opened the tangki and tunggu mamat ni datang bagi resit, baru la nak isi sendiri la kan, kata layan diri, tapi dia ni punya baik nak tulun isikan dan yg kelakarnya, tau dia cakap apa dgn ada slang skit, "Boleh tolong saya?", dengan muka penuh ikhlas dan menghulurkan tangannya penuh sopan santun. Haha, I was like, ha? buat muke blur sebab tak paham. Hehe, tapi lepas my ‘ha’ dia cakap la balik dgn betul nya. ^_^ v

Leave a Reply